post kali nie pon adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu XD , rajin-rajin kan la bace taw :)
Para ulama tasawuf menyatakan seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha
mengingatkan dua perkara dan melupakan dua perkara :)
Ape yang kene ingat , ape yang kene lupe ..? aiseyy tak abeh tulih lagi . Bace nie ha :
INGAT LAH 2 PERKARA
1) Kebaikan orang kepade kite .
> Kebaikan orang kpd kte hendaklah selalu diingat . Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat ,wang ringgit , tenaga dan sebagainye perlu diingat .
Jika boleh , dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih .Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya .
Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri , perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan terhadap Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya ( sebagai tanda bersyukur ). " ( Surah al-Duha 93 : 11 )
2) Kesalahan kita kepda orang ,
> Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepda orang lain agar terdorong kita meminta maaf . Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah .
Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi .
Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepda Allah .
Ini akan menimbulkan rasa insaf , takut , menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepadaNya . Ingat lah bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur .
Haaaa , jadik yang kat atas nie yang kite perlu selalu ingat . tawtawtaw ? :)
nie nak cite 2 perkara yang kite kene lupe , bace ! :)
LUPAKAN 2 PERKARA .
1) Kebaikan kita kepada orang .
> Jangan sesekali mengungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain .
Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan Nya kepada manusia lain . Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal .
Jadi , apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain , cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya . Lebih-lebih lagi perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita lakukan kepada Allah .
Perbuatan mengingat ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan . Sedangkan segala nya dilakukan atas hidayah Allah jua . Oleh sebab itu , setelah beramal rasakan seolah olah kita tidak beramal .
Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub , sum'ah riyak atau bangga diri .
2) Kejahatan orang terhadap kita .
> Aggaplah seolah olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita .
Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam .
Kita hanya hamba Allah , bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehdupan ini . Jadi apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita aggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah . Lebih-lebih lag yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan , ujian , musibah atau malapetaka yang Allah timpakan .
Sedarlah bahawa kesakitan , kematian kerugian kemalangan kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi , banjir , kemarau ribut taufan wabak penyakit , kemelesetan ekonomi dan sebagainya hanya mehnah daripada Allah untuk " memujuk " manusia kembali kepadaNYA .
** Haaaa, da bace ..? huhu .. sayang nyer , dalam kehidupan knie kite selalu buat perkara sonsang .
Ape yang kite kene ingt kte lupe , ape yang perlu kite lupe kite ingat . an ..?
soo akibat nyer ,,, kite tak dapat nak rase kemanisan beriman ... eicecehhh . hehe .
haaa jadikk , dengan ilmu yang dah ustazah kongsikan niey .. ( ustazah ..? haha , insyaALLAH :P ) kite semua dapat la mnilai diri sendirik niey .. oke lahh , takat niey je .
renung-renungkan , dan selamat beramal :)
Assalam ^^
Nilai iman anda pade tahap mane :) |
No comments:
Post a Comment